sagala video di patarosan

Gambar Pelajar Wanita Cium Polis Anti Rusuhan Akan Di Dakwa

Rome: Gambar seorang penunjuk perasaan wanita mencium polis antirusuhan dilihat sebagai simbol keamanan di Itali, namun kesatuan polis mahu wanita itu diambil tindakan atas tuduhan keganasan seksual.

Pelajar, Nina De Chiffre, 20, yang bulan lalu memprotes terhadap pembinaan trek kereta api baru di utara Itali ketika gambarnya dirakam mencium visor topi keledar seorang anggota polis.


Gambar itu tersebar di seluruh dunia dan dilihat contoh terbaik tunjuk perasaan aman.

Bagaimanapun, COISP kesatuan yang mewakili pegawai polis Itali mengumumkan menerima aduan daripada pihak pendakwa Turin.


"Kami akan mendakwa penunjuk perasaan itu atas tuduhan keganasan seksual dan menghina penjawat awam.


"Siasatan penuh akan dijalankan tidak lama lagi," kata setiausaha agung kesatuan, Franco Maccari. Menurutnya, beliau tidak menganggap kejadian itu sekadar membuktikan hasrat untuk keamanan.

"Jika anggota polis itu yang menciumnya, pasti meletus perang dunia ketiga.


"Bagaimana pula kalau saya menepuk punggung wanita itu? Tentu dia marah.

"Jadi kenapa pula ia perlu dibiarkan apabila dia melakukannya kepada seorang lelaki yang sedang bertugas? "Malah De Chiffre juga mengakui perlakuannya satu provokasi supaya pegawai polis terbabit bertindak balas.


"Jelas tertulis di laman Facebook miliknya: 'Bukan mesej keamanan. Ikutkan hati hendak saja saya ikatkan mereka dengan kaki ke atas seperti babi'.


"Memanglah ciuman sesuatu yang baik, namun dalam keadaan ini ia sekadar penghinaan," katanya. - Agensi

Sumber: Harian Metro

sar sparow 01 Dec, 2014


-
Source: http://tabekpuang.blogspot.com/2014/12/gambar-pelajar-wanita-cium-polis-anti.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com
Tag : info unik
0 Komentar untuk "Gambar Pelajar Wanita Cium Polis Anti Rusuhan Akan Di Dakwa"

Back To Top